Messi: Tiba masanya untuk bersatu

BARCELONA, 30 SEPT – Lionel Messi ini mengetepikan sementara perbalahan dengan lembaga Barcelona dan menyeru kepada kelab dan peminat untuk bersatu.

Dalam temu bual kali keduanya sejak dia mengumumkan untuk berpindah yang tidak berjaya selepas tamat musim, Messi berkata Barcelona akan menjadi lebih kuat jika semua orang bekerjasama untuk membantu kelab meraih kejayaan.

“Selepas berulang kali berlaku ketidaksefahaman, saya ingin menamatkan semua permasalahan ini,” Messi memberitahu akbar sukan harian. “Kita mesti bersatu bersama dengan peminat Barcelona dan percaya bahawa perkara terbaik akan berlaku.”

Semasa sesi temu bual yang diterbitkan keseluruhannya hari ini, Messi berkata bahawa satu-satunya cara untuk kelab mencapai matlamatnya ialah untuk kekal ‘bersatu dan menuju ke arah yang sama.’

Messi memberitahu Barcelona bahawa dia ingin meninggalkan pasukan selepas dimalukan 8-2 tewas kepada Bayern Munich pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara pada Ogos lalu, tetapi akhirnya kekal bersama kelab selepas gagal dalam pertarungan dari segi undang-undang bersama kelab.

Messi berterusan mengkritik pegawai kelab sejak membuat keputusan untuk kekal. Dia berkata bahawa dia tidak berada di arah yang sama dengan haluan kelab.

“Saya akan bertanggungjawab ke atas kesilapan saya,” katanya. “Perkara yang telah berlaku, ia adalah bertujuan untuk menjadikan Barcelona lebih baik dan kuat.

Messi berkata dia ingin menghantar ‘pesanan’ kepada ahli kelab dan peminat, dengan berkata bahawa, “Jika sekiranya saya membuat mereka berasa kecewa disebabkan oleh sesuatu yang saya lakukan, mereka tidak perlu merasa ragu bahawa ia adalah bagi memikirkan sesuatu yang terbaik buat kelab.”

Messi menjaringkan satu gol buat Barcelona dalam kemenangan 4-0 ke atas Villarreal dalam perlawanan pembukaan La Liga pada Ahad lalu. Barcelona akan mengunjungi Celta Vigo bagi perlawanan kedua liga esok. – AP

Aksi ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi menentang Villarreal baru-baru ini. Messi menyeru peminat untuk kembali bersatu dengan kelab bagi membantu meraih kejayaan. – AP