Messi tidak sabar untuk beraksi

MADRID, 28 MEI – Ketua pasukan Barcelona dan Argentina, Lionel Messi berkata dia tidak sabar untuk kembali bermain tetapi merasakan perlawanan La Liga tanpa kehadiran peminat akan terasa ‘pelik’.

Messi, yang setelah beberapa minggu menjalani pengasingan diri sama seperti penduduk Sepanyol yang lain akibat pandemik koronavirus, kembali berlatih bersama Barcelona menjelang rancangan untuk menyambung semula La Liga tanpa kehadiran peminat pada hujung minggu 12 Jun.

“Kami tidak boleh memikirkan mengenai apa yang telah kita tinggalkan tahun ini. Ia adalah lebih baik untuk memikirkan mengenai masa depan,” kata Messi di laman web jenama sukan, Adidas.

“Seperti kembali melakukan latihan setiap hari, berjumpa dengan rakan sepasukan, bermain beberapa perlawanan pertama. Tidak diragukan lagi ia akan menjadi pelik pada kali pertama, tetapi saya tidak sabar untuk kembali bersaing!

Menurutnya, bermain tanpa peminat ‘akan membawa pelbagai cabaran. Persiapan di peringkat pasukan adalah masih sama seperti perlawanan lain, tetapi hakikatnya, anda perlu melatih dan membuat persiapan mental untuk bermain tanpa peminat kerana ia adalah sangat pelik’.

Messi yang bakal memimpin Argentina musim panas ini di kejohanan Copa Amerika, di mana negaranya menjadi tuan rumah bersama dengan Colombia, tetapi pada bulan Mac, dan kejohanan tersebut telah ditunda kepada bulan Jun dan Julai tahun hadapan.

“Menunda Copa Amerika adalah satu kekecewaan besar, tetapi ia sememangnya munasabah dan paling logik,” kata Messi.

“Kejohanan Copa Amerika akan menjadi kejohanan besar bagi saya tahun ini dan saya tidak sabar untuk bermain semula,” tambahnya.

“Ia adalah sukar apabila saya mendengar mengenai penundaan tersebut, tetapi saya memahaminya,” katanya. – AFP