Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat Agung ke-11 Koperasi ITM

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Kope-rasi Ikatan Teluk Mewah (ITM) Bhd hari ini, telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-11/2018 yang berlangsung di Dewan Kuliah Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengarah Urusan BSM, Hajah Rozalina binti Haji C.A Mohammad.

    Pengerusi Koperasi ITM Bhd, Haji Hambali bin Tengah dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan mengenai sejarah penubuhan koperasi berkenaan yang didaftarkan pada 10 Ogos 2005 dengan keramaian 528 orang dan kini pemegang saham koperasi berkenaan adalah 511 orang.

    Dengan kepimpinan dan kerjasama semua kakitangan serta ahli Lembaga Koperasi ITM, sehingga tahun ini, koperasi tersebut berjaya mendapatkan keuntungan dan mencapai perkembangan yang sangat menggalakkan.

    Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa ahli lembaga koperasi mencadangkan untuk memanjangkan waktu beroperasi stesen berkenaan yang akan dibuka sehingga jam 12 tengah malam apabila jambatan menuju ke Daerah Temburong telah siap nanti.

    Sementara itu, Hajah Rozalina dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Syarikat Minyak Koperasi ITM kerana telah menunjukkan pertumbuhan jualan minyak yang berterusan dari tahun ke tahun sejak stesen berkenaan beroperasi.

    Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar syarikat berkenaan dapat mengekalkan prestasinya, lebih-lebih lagi dengan kedudukan geografinya yang strategik apabila jambatan baharu menuju ke Daerah Temburong siap.

    Hajah Rozalina semasa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Ikatan Teluk Mewah Bhd.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda