Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat baja sentuh pendigitalan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Persatuan Alumni Brunei-Jepun (BAJA) telah mengadakan mesyuarat agung tahunan bagi tahun 2021 bertempat di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson, kelmarin.

    Mesyuarat agung tersebut membentangkan aktiviti ringkasan yang dilakukan sepanjang tahun 2020 dan mencadangkan beberapa aktiviti untuk tahun fiskal 2021.

    Hadir semasa mesyuarat tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Eiji Yamamoto selaku tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir ialah Setiausaha Pertama Kedutaan Jepun, Aoki Atsushi dan ahli-ahli BAJA.

    Dalam ucapan Presiden BAJA, Hajah Najmina Fairuz binti Haji Abdul Latif, semasa mesyuarat itu antara lain menyentuh mengenai pandemik yang melanda di seluruh dunia yang sedikit sebanyak mengganggu beberapa kegiatan persatuan pada tahun lalu.

    TYT Eiji Yamamoto bersama ahli-ahli BAJA bergambar ramai pada mesyuarat tersebut. – Gambar serahan BAJA

    “Semasa kita merenungkan apa yang telah lalu, kita juga harus memikirkan bagaimana kita dapat memperbaiki diri untuk masa depan. Saya yakin pendigitalisasian adalah cara yang tepat,” jelas beliau.

    “Kami berharap dapat terus melakukan perkara-perkara baik melalui persatuan kita dan Insya Allah akan membawa idea yang lebih inovatif dan segar dalam bagaimana kita dapat menggunakan platform BAJA untuk meningkatkan pertukaran budaya dan pendidikan antara Brunei Darussalam dan Jepun,” tambah beliau.

    BAJA adalah rangkaian individu Brunei yang pernah belajar di Jepun dalam pelbagai bidang pengajian sekurang-kurangnya enam bulan. BAJA ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Almarhum Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Yusof bin Pengiran Haij Abdul Rahim.

    Sementara itu, mantan presiden BAJA yang juga anggota pengasas, Dr Chin Yam Chin, telah meninggal dunia pada tahun lalu.

    Antara lain objektif persatuan itu adalah untuk menyumbang kepada pertukaran pengetahuan dalam semua bidang untuk memastikan kejayaan pembangunan dalam pendidikan dan teknologi.

    Sebarang maklumat lanjut mengenai BAJA boleh didapati di laman sesawang rasmi atau media sosial Instagram.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda