Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat beri panduan, saranan manfaatkan inisiatif ASEAN

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan BIMP-EAGA (SOM) telah diadakan kelmarin melalui persidangan video.

    Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha Rendah, Jabatan Perdagangan dan Industri, Republik Filipina, Abdul Gani Macatoman.

    Mesyuarat itu turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan pengerusi-pengerusi kluster serta kumpulan kerja dari negara-negara ahli BIMP-EAGA, BIMP-EAGA Facilitation Centre, Asian Development Bank, Sekretariat ASEAN dan pengerusi Kounsil Perniagaan BIMP-EAGA (BIMP-EAGA Business Council). Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Setiausaha Tetap (Ekonomi) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin.

    Mesyuarat mengambil maklum penerangan yang disampaikan oleh pengerusi-pengerusi daripada lapan kluster BIMP-EAGA iaitu Agribisnes, Pengangkutan, Pemudahcara Perdagangan dan Pelaburan, Infrastruktur Kuasa Elektrik dan Tenaga, Teknologi Infokomunikasi, Pelancongan, Persekitaran dan Sosio-Kebudayaan dan Pendidikan. Negara Brunei Darussalam mengetuai tiga daripada kluster berkenaan iaitu Pelancongan, Infrastruktur Kuasa Elektrik dan Tenaga dan Sosio-Kebudayaan dan Pendidikan serta Kumpulan Kerja Pengangkutan Darat.

    Mesyuarat telah melaporkan perkembangan mengenai kemajuan yang dicapai termasuk perlaksanaan projek bagi tahun 2021, senarai projek-projek 2020-2022 (Rolling Pipelines of Projects (RPoPs)), projek Convergence dan Projek-projek Keutamaan Infrastruktur (PIPs).

    Hasil penemuan awal Mid-Term Review (MTR) bagi Visi BIMP-EAGA 2025 juga telah dilaporkan dan laporan penuh MTR dijangka akan disiapkan pada tahun 2022.

    Mesyuarat juga memberikan beberapa panduan dan saranan antara lainnya untuk memanfaatkan inisiatif ASEAN yang sedia ada termasuk ASEAN Comprehensive Recovery Framework dan Bandar Seri Begawan Roadmap (BSBR) yang antara lain bertujuan untuk mengutamakan tindakan yang memanfaatkan aplikasi IT dan meningkatkan kerjasama dan penyelarasan cross-sectoral badan-badan ASEAN dalam bidang transformasi digital.

    Mesyuarat juga membincangkan status terkini berhubung dengan kerjasama bersama rakan pembangunan BIMP-EAGA khususnya Northern Territory, China, Korea dan Japan. Mesyuarat seterusnya membincangkan persediaan bagi mengadakan Mesyuarat Menteri-menteri BIMP-EAGA kali ke-24 dan Mesyuarat Berkaitan yang akan dipengerusikan oleh Republik Filipina dan seterusnya Sidang Kemuncak BIMP-EAGA kali ke-14 pada tahun ini yang akan dipengerusikan oleh Indonesia.

    Dr Hajah May Fa’ezah semasa menghadiri mesyuarat tersebut secara maya. – Gambar serahan Kementerian Kewangan dan Ekonomi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda