Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Mesyuarat bincang agenda pengangkutan darat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Info-komunikasi telah menjadi pengerusi dan tuan rumah bagi Mesyuarat Kumpulan Kerja Pengangkutan Darat (LTWG) ASEAN ke-31 dan Mesyuarat Kumpulan Kerja Khas Keselamatan Jalan Multi-Sektor (MRSSWG) ASEAN ke-13 dan menyertai Mesyuarat Sub-Kumpulan Kerja Lebuh raya ASEAN (AHSWG) ke-20 yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan JPD, mesyuarat-mesyuarat pada 5 hingga 8 September itu merupakan perjumpaan tahunan yang bertujuan untuk membincangkan agenda dan langkah pelaksanaan projek ASEAN berkaitan pengangkutan darat yang telah dikenal pasti.

    Mesyuarat LTWG ASEAN ke-31 dan MRSSWG ASEAN ke-13 telah dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad dan disertai oleh perwakilan-perwakilan dari negara ASEAN dan Sekretariat ASEAN.

    Delegasi Brunei turut disertai oleh para pegawai kanan dari JPD serta wakil dari Jabatan Kerja Raya.

    Antara agenda yang dibincangkan dalam Mesyuarat LTWG ASEAN ke-31 adalah pelaksanaan langkah-langkah berkaitan pengangkutan darat di bawah Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Pelan Strategik Pengangkutan Kuala Lumpur (KLSTP), pelaksanaan langkah-langkah berkaitan pengangkutan mampan di bawah AEC dan KLSTP, inisiatif baharu ASEAN berkaitan pengangkutan mampan, Pelan Kerja LTWG 2022-2023 serta kerjasama pengangkutan dengan pihak-pihak luar.

    Mesyuarat MRSSWG ke-13 telah membincangkan dan melaporkan perkembangan perlaksanaan tindakan berkaitan dengan keselamatan jalan raya di bawah KLTSP dan Pelan Kerja MRSSWG 2022-2023.

    Manakala itu, Mesyuarat AHSWG ke-20 yang dipengerusikan oleh Thailand dan Brunei sebagai naib pengerusi membincangkan perkembangan tindakan berkaitan projek Rangkaian Lebuh raya (AHN) ASEAN di bawah KLTSP dan Pelan Kerja AHSWG 2022-2023.

    Antara delegasi yang menyertai mesyuarat tersebut. – Gambar serahan JPD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...