Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Mesyuarat bincang impak landskap ekonomi serantau

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah telah menghadiri Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN ke-22 di Jakarta, Republik Indonesia, baru-baru ini.

    Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Coordinating Minister for Economic Affairs, Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Airlangga Hartarto.

    Di bawah tema ASEAN Matters: Epicentrum of Growth, Republik Indonesia, selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun ini, merasa optimis bahawa ASEAN akan kekal sebagai pusat pembangunan dengan jaminan makanan dan tenaga, menerima pembangunan ekosistem kenderaan elektronik (EV), dan menyokong kestabilan kewangan secara berterusan.

    Dalam pada itu, menteri-menteri Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC), antara lainnya telah membincangkan impak landskap ekonomi serantau kepada usaha-usaha integrasi ekonomi ASEAN, penyertaan Timor Leste ke mesyuarat-mesyuarat ekonomi ASEAN, menyambut baik Priority Economy Deliverables (PED) Republik Indonesia dan mengambil maklum mengenai perkembangan di dalam penghasilan Wawasan Pasca-2025 bagi Komuniti ASEAN.

    Sesi Khas Retreat telah diadakan bagi menteri-menteri AECC untuk bertukar-tukar pandangan mengenai inisiatif-inisiatif kelestarian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan peralihan tenaga dan perkembangan ekosistem EV.

    Semasa sesi berkenaan, menteri-menteri AECC telah mengalu-alukan pelaksanaan fasa awal bagi Circular Economy Implementation Plan; penerokaan ASEAN Blue Economy sebagai pemacu pembangunan yang baharu di rantau ini; penerbitan ASEAN Sustainable Finance Taxonomy versi kedua; dan perkembangan di dalam penghasilan strategi Carbon Neutrality ASEAN.

    Mesyuarat AECC kali ke-22 itu telah didahului oleh Mesyuarat Persediaan Ketua-ketua Pegawai Ekonomi ASEAN (Prep-SEOM) bagi AECC ke-22 pada 6 Mei lalu di Jakarta, Republik Indonesia.

    Mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam ialah Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bergambar ramai dengan menteri-menteri AECC semasa mesyuarat tersebut.- Gambar serahan Kem. Kewangan dan Ekonomi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...