Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Mesyuarat bincang persediaan perayaan Hari Keputeraan ke-76

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 Tahun bagi 2022 telah berlangsung kelmarin di Bilik Mesyuarat West Wing, Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jalan Menteri Besar.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku pengerusi jawatankuasa telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

    Mesyuarat turut dihadiri oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, setiausaha tetap-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai daerah, pemangku pegawai daerah, pegawai-pegawai eksekutif daripada sektor swasta dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa.

    Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya Doa Selamat serta ucapan alu-aluan daripada Yang Berhormat Pehin.

    Pada mesyuarat itu, taklimat khas mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan Gred II, Jabatan Kesihatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan, Dr Haji Muhammad Norizni bin Haji Mosli.

    Mesyuarat itu membincangkan beberapa perkara termasuk laporan persediaan acara-acara sambutan perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-76 Tahun iaitu acara-acara utama seperti Upacara Pengibaran dan Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam, Majlis Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran, Istiadat Perbarisan Kehormatan, Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di seluruh negara, Majlis Khatam Al-Quran 76 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara, Regata serta Majlis Ilmu.

    Di samping itu, mesyuarat turut membincangkan mengenai penerbitan dan percetakan Buku Dirgahayu, perhiasan bandar, lampu-lampu cucul, pemasangan papan iklan besar, kain rentang dan vertical banner dan acara-acara sampingan.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mempengerusikan mesyuarat pertama berkenaan yang turut dihadiri oleh YAM Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris. – Gambar oleh James Kon
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...