Mesyuarat bincang persiapan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan

Oleh Ak Zaki Kasharan

TUTONG, 30 MEI – Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 bagi Daerah Tutong tahun 2022 telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, hari ini.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.

Antara agenda mesyuarat tersebut adalah membincangkan

mengenai persediaan acara-acara rasmi sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-76 bagi Daerah Tutong.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah pegawai-pegawai kanan di jabatan-jabatan kerajaan cawangan Daerah Tutong, ahli-ahli jawatankuasa tadbir tertinggi dan pengerusi-pengerusi acara keraian serta para pemangku penghulu mukim dan pemangku ketua kampung di daerah berkenaan.

Haji Amirol Hafidzin semasa mempengerusikan mesyuarat mengenai persediaan acara-acara rasmi sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 bagi Daerah Tutong.