Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat BSN kedua

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Universiti Brunei Darussalam (UBD), kelmarin, telah menghoskan Mesyuarat Majlis Pentadbiran Rangkaian Kajian Borneo (BSN) kedua di Bangunan Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA) selaku sekretariat konsortium berkenaan.

    Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz selaku Pengerusi Mesyuarat Pentadbiran BSN.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, mesyuarat dua tahun sekali itu menghimpunkan universiti-universiti ahli dari Sabah, Sarawak, Kalimantan dan Brunei Darussalam untuk membincangkan antara lain, teras penyelidikan dan kolaborasi, penerbitan-penerbitan bersama, mobiliti pelajar dan kakitangan dan kerjasama atau aktiviti multilateral masa depan di bawah platform BSN.

    Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina bergambar ramai bersama perwakilan dari universiti Sabah, Sarawak, Kalimantan dan Brunei Darussalam.

    Dalam mesyuarat kedua ini, lima teras penyelidikan telah disokong yang termasuk ‘Borneo Biodiver-sity’, ‘Borneo Cultural Heritage and Ethnic Groups’, ‘Borneo Sustain-able Community Transformation’, ‘Borneo Renewal Material Science and Energy Research’ dan ‘Borneo Economy and Banking’.

    Sehingga kini, BSN telah mengadakan beberapa aktiviti termasuk bengkel-bengkel latihan pelajar siswazah, persidangan-persidangan, pertukaran pelajar dan Mesyuarat Jawatankuasa Saintifik.

    Hasil penting daripada BSN termasuk penerbitan sebuah buku yang akan dilancarkan pada Persidangan dan Pameran Pelancongan Antarabangsa yang sedang berlangsung sehingga esok di UBD selaku penganjur dalam kapasitinya sebagai Sekretariat BSN.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda