
BEIJING, 26 Sept – Interpol memulakan mesyuarat utama tahunan antarabangsanya di China hari ini di tengah kebimbangan Beijing menggunakan pengaruhnya yang semakin meningkat ke atas rangkaian polis untuk memburu seteru-seteru politik di luar negara.
Presiden Xi Jinping berkata dalam ucapan kepada Perhimpunan Agung Interpol, China mahu bekerjasama dengan negara-negara lain dan pertubuhan untuk mencapai ‘urus tadbir keselamatan sejagat’.
Bagaimanapun, Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan yang beribu pejabat di New York berkata Interpol perlu menangani apa yang disifatkannya penyalahgunaan sistem ‘red notice’ Interpol untuk mendapatkan penangkapan dan ekstradisi orang yang dikehendaki.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn