Mesyuarat ketengahkan isu kesihatan mental

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar (gambar) mengetengahkan mengenai cabaran-cabaran kesihatan khusus penyakit bukan berjangkit dengan kesihatan mental terus menjadi sebahagian daripada keutamaan kesihatan ASEAN di bawah Agenda Pembangunan Kesihatan Pasca 2015 ASEAN.

Perkara itu dinyatakan dalam ucapannya di mana Negara Brunei Darussalam selaku pengerusi ASEAN dijemput menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan G20 dengan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham dalam kapasiti selaku pengerusi ASEAN menyampaikan dua ucapan semasa mesyuarat yang diadakan secara hibrid iaitu fizikal dan maya di Rom, Itali pada 5 dan 6 September lalu.

Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh menteri-menteri kesihatan dan wakil-wakil dari anggota G20 iaitu 19 buah negara dan Kesatuan Eropah (EU), negara-negara jemputan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan bukan berasaskan keuntungan.

Dalam ucapannya lagi di mesyuarat berkenaan, Yang Berhormat Dato melaporkan bahawa sebahagian daripada deliverables Brunei Darussalam dalam ASEAN untuk mempromosi kerjasama serantau bagi kesihatan mental, Brunei mencadangkan bagi sokongan terhadap dua dokumen iaitu ASEAN Plus Three Leaders’ Statement on Cooperation on Mental Health Among Adolescents and Young Children dan East Asia Summit Leaders’ Statement on Mental Health.

Yang Berhormat Dato seterusnya menyatakan bahawa krisis COVID-19 telah menjejas perkembangan yang dalam mencapai matlamat berkaitan kesihatan dan kesihatan di mana adalah amat penting untuk mengenal pasti jurang-jurang sumber, menilai dan menyelaraskan semula tindakan kebangsaan serta antarabangsa supaya dapat mempercepatkan pelaksanaan pelan-pelan tindakan, strategi dan program-program kerja.

 

Yang Berhormat Dato menyatakan bahawa Brunei Darussalam dalam komitmennya untuk mempercepatkan perkembangan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) berkaitan kesihatan untuk mencapai UHC dan menangani kesihatan mental, menyokong Position Paper on the Healthy and Sustainable Recovery.

Brunei Darussalam akan terus bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa serta negara-negara lain bagi sebuah sokongan yang lebih berkesan dan mencapai matlamat kesihatan untuk semua.

Manakala itu, dalam ucapannya pada 6 September, Yang Berhormat Dato menyatakan bahawa negara-negara anggota ASEAN telah bergabung untuk menangani secara kolektif krisis COVID-19.

Pelbagai tindakan merentas badan-badan sektoral telah dilaksanakan sebagai respons kepada pandemik berkenaan. Beliau menerangkan dalam sektor kesihatan, usaha berterusan telah dilaksanakan ke arah penubuhan ASEAN Centre for Public Health Emergencies and Emerging Diseases, pembangunan prosedur operasi standard bagi kecemasan kesihatan awam, laporan berkala bagi Penilaian Risiko bagi Pemberigaan Antarabangsa COVID-19 dalam rantau ASEAN serta pertukaran bagi kesediaan dan respons makmal.