Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat kongsi pengalaman tingkatkan daya saing

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong telah menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Buruh ASEAN (ALMM) ke-26 dan Mesyuarat Menteri-menteri Buruh ASEAN Plus Three (ALMM+3) ke-11 secara persidangan video di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, di sini, hari ini.

    Mesyuarat ALMM ke-26 dihoskan oleh Menteri Tenaga Kerja, Republik Indonesia, Puan Yang Terutama Ida Fauziyah dengan dihadiri oleh menteri-menteri buruh dari negara-negara anggota ASEAN dan Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Lim Jock Hoi di mana mesyuarat membawa tema ‘Mempromosikan Pekerja ASEAN bagi Daya Saing, Ketahanan dan Ketangkasan bagi Masa Depan Pekerjaan’.

    Dalam mesyuarat berkenaan, menteri-menteri buruh ASEAN dan ketua-ketua delegasi berkongsi pengalaman, idea dan inisiatif untuk meningkatkan daya saing, ketahanan dan ketangkasan pekerja-pekerja ASEAN dalam memanfaatkan peluang-peluang di masa akan datang serta mampu untuk bertahan terhadap ketidakpastian cabaran-cabaran baharu dalam dunia pekerjaan.

    Mesyuarat juga mengenali kepentingan membangunkan pendekatan berpusatkan manusia dalam mempersiapkan pekerja-pekerja ASEAN untuk berubah dengan perubahan transformatif seperti perkembangan teknologi, transisi demografi dan kebangkitan ekonomi hijau.

    Mesyuarat turut mempersetujui dokumen-dokumen Program Kerja Menteri-menteri Buruh ASEAN 2021-2025, Pelan Kerja SLOM-WG 2021-2025, Pelan Kerja ASEAN-OSHNET 2021-2025, kemas kini Pelan Tindakan (2018-2025) Konsensus ASEAN bagi Pelindungan dan Promosi Hak Pekerja Migran, Garis Panduan ASEAN bagi Pengarusutamaan Jantina ke dalam Dasar Buruh dan Pekerjaan ke arah Kerja yang Layak untuk Semua, Peta Jalan ASEAN bagi Penghapusan Bentuk Terburuk Buruh Kanak-kanak menjelang 2025, Garis Panduan ASEAN bagi Pemulangan dan Integrasi Semula Efektif Pekerja-pekerja Migran serta Garis panduan ASEAN bagi Pengurusan Risiko OSH PKS ASEAN.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda