Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman
MAJLIS Perundingan Kampung (MPK) Delima Satu baru-baru ini telah mengadakan mesyuarat pertamanya yang telah diadakan di rumah Pengiran Hajah Rokiah binti Pengiran Haji Sariffuddin, Jalan Kebangsaan Lama.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Kampung Delima Satu, Pengiran Roslan bin Pengiran Tuah.
Dalam ucapannya, Pengiran Roslan menyatakan bahawa mesyuarat yang diadakan ini adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti MPK tersebut dan juga meraikan ahli-ahli baru yang diharap akan membawa perubahan dan menjulang nama Kampung Delima Satu.
Pada tahun ini, ahli-ahli MPK tersebut akan memakai baju khas berwarna biru tua. Ia akan digunakan semasa majlis-majlis tertentu seperti acara kempen, mesyuarat dan sebagainya.
