Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Mesyuarat PISA dengar pengalaman negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kemen-terian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin telah mewakili Negara Brunei Darussalam menghadiri Mesyuarat Programme for International Students Assessment (PISA) Governing Board (PGB) ke-54 yang berlangsung di JW Marriott Absheron Baku, Republik Azerbaijan pada 2 hingga 4 November lalu.

    Turut mengiringi Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati selaku PGB Negara Brunei Darussalam ke mesyuarat berkenaan ialah Pengurus Projek Kebangsaan (NPM) PISA bagi Negara Brunei Darussalam dan Ketua Pasukan Pengurusan Projek di bawah Jawatankuasa Bertindak PISA Kementerian Pendidikan bagi Negara Brunei Darussalam (MPTF) dari Kementerian Pendidikan.

    Semasa pembukaan sesi mesyuarat plenori pada 2 November lalu, Menteri Sains dan Pendidikan Republik Azerbaijan, Tuan Yang Terutama Emin Amrullayev telah memberikan ucapan dan mesyuarat diteruskan dengan beberapa sesi sehingga 4 November.

    Mesyuarat tiga hari itu dikendalikan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan dihadiri oleh pakar-pakar dari negara-negara dan ahli ekonomi, bersekutu dan rakan kongsi secara hibrid buat pertama kalinya selepas pandemik COVID-19.

    Mesyuarat PGB diadakan dua kali setahun iaitu pada suku pertama dan suku terakhir setiap tahun.

    Pada mesyuarat berkenaan, kira-kira 140 peserta dari 70 negara telah menghadirinya di mana mesyuarat adalah untuk memaklumkan pakar-pakar dari negara-negara dan ahli ekonomi, bersekutu dan rakan kongsi tentang kemajuan PISA 2022 dan 2025, membincangkan strategi jangka panjang PISA untuk 2024-2033 dan program berkaitan PISA termasuk Program Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) PISA. Mesyuarat berkenaan juga mendengar pengalaman negara-negara ahli dalam menjalankan PISA.

    Antara yang hadir semasa mesyuarat berkenaan. – Gambar daripada laman sesawang Kementerian Sains dan Pendidikan Republik Azerbaijan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...