Mesyuarat politik China dirasmikan

BEIJING, 21 MEI – Mesyuarat politik peringkat tertinggi tahunan China telah dirasmikan hari ini dengan bertafakur untuk mangsa-mangsa pandemik koronavirus, yang mengorbankan lebih 4,600 nyawa di negara itu sejak muncul lewat tahun lalu.

Ditangguhkan selama dua bulan disebabkan wabak itu, Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) – sebahagian besarnya istiadat badan penasihat – memulakan sesi pertamanya sehari sebelum permulaan kongres perundangan penting negara.

Lebih 2,000 delegasi dari seluruh negara bertafakur selepas lagu kebangsaan dinyanyikan di Great Hall of People, Beijing.

Presiden Xi Jinping dan 25 anggota Politburo – badan kepemimpinan tertinggi Parti Komunis – berada di tengah-tengah pentas dengan tidak memakai penutup mulut dan hidung.

Televisyen kerajaan menunjukkan ratusan delegasi memakai penutup mulut dan hidung, berpakaian sut hitam berjalan masuk ke Great Hall sejurus sebelum sesi bermula.

Dikenali sebagai ‘Dua Sesi’, perhimpunan tahunan CPPCC dan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) itu melibatkan ribuan delegasi dari seluruh bandar bagi menghadiri mesyuarat intensif untuk membincangkan dasar. – AFP

Seorang lelaki menunggang basikal elektrik melintasi skrin besar menunjukkan sesi pembukaan CPPCC di Great Hall of the People di Beijing pada 21 Mei. – AFP