Mesyuarat Pusat Serantau SEAMEO 27 Okt ini

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Brunei Darussalam akan mengadakan Mesyuarat Lembaga Tadbir ke-32 pada 27 Oktober ini secara maya.

Menurut kenyataan yang diterima, mesyuarat ini akan dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Tadbir dari 11 buah negara anggota SEAMEO, iaitu Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Turut hadir ialah pihak pengurusan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH yang diketuai oleh Pengarah Pusat, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.

Mesyuarat akan mengongsi kemajuan-kemajuan yang telah dicapai pusat itu dan peranca-ngan masa depannya.

Selain itu, mesyuarat juga akan diselajurkan dengan pelancaran video korporat manakala pada hari kedua, e-forum bertemakan Managing Pandemic Challenges and Opportunities of TVET in the Era of Digitalisation secara maya.

Penyertaan orang ramai dialu-alukan dan ia adalah percuma serta terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan hanya mendaftar di laman sesawangnya.