BANGKOK, 20 Ogos – Pertemuan gabenor wilayah sempadan Thailand dan Kemboja dijangka akan diadakan minggu depan di Phnom Penh, di mana kedua-dua pihak akan membincangkan pembangunan perdagangan dan perdagangan merentas sempadan, kata jurubicara Kementerian Dalam Negeri, Chayapon Thitisak kelmarin. Menteri Dalam Negeri Thailand Anupong Paojinda dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Dalam Negeri Sar Kheng akan mempengerusikan mesyuarat gabenor wilayah Thailand dan Kemboja di ibu kota Kemboja pada 23 hingga 25 Ogos, kata jurucakap itu. Mesyuarat itu, yang merupakan kali keenam, dianjurkan secara bersama dalam usaha mempromosikan kerjasama dua hala, perdagangan, pelaburan, buruh dan perdagangan rentas sempadan, katanya.
Turut serta dalam mesyuarat di Phnom Penh daripada Thailand adalah pegawai kerajaan dari pelbagai agensi selain gabenor wilayah Buriram, Surin, Sisaket, Ubon Ratchathani, Sa Kaeo, Chanthaburi dan Trat dan semua yang berkongsi sempadan dengan Kemboja. – Xinhua