Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Meta bakal teroka wang digital

    SAN FRANCISCO, 7 APRIL – Syarikat induk Facebook, Meta bakal meneroka potensi wang digital yang merujuknya sebagai ‘Zuck Bucks’, lapor Financial Times kelmarin.

    Meta menghentikan usahanya untuk mencipta mata wang kripto global – mula-mula digelar Libra namun akhirnya menjenamakannya semula sebagai Diem – ekoran berdepan kecaman dari pengawal selia kewangan di seluruh dunia.

    Bagaimanapun, pengasas dan ketua Mark Zuckerberg telah bercakap tentang kepentingan e-dagang dan alat kewangan bagi visinya untuk sebuah dunia online yang digelar metaverse.

    “Kami berterusan mempertimbangkan inovasi produk baharu bagi orang ramai, perniagaan dan pencipta,” kata jurucakap Meta semasa memberi respons kepada soalan AFP.

    “Sebagai sebuah syarikat, kami menumpu pada pembangunan metaverse yang termasuk perkhidmatan bayaran dan kewangan,” katanya.

    Produk-produk yang sedang dipertimbangkan di Meta termasuk token digital serupa dengan yang digunakan bagi transaksi dalam permainan video, dengan versi syarikat internet dinamakan ‘Zuck Bucks’, menurut Financial Times.

    Permainan popular seperti ‘Fortnite’ dan ‘Roblox’ menggunakan token bagi transaksi.

    Token itu berpotensi untuk digunakan memberi ganjaran kepada pencipta dan pempengaruh yang hantaran mereka menarik ramai penonton. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...