Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Meta rancang pecat ‘ribuan’ pekerja

    WASHINGTON, 7 NOV – Konglomerat teknologi Amerika Syarikat (AS) Meta Platforms Inc (sebelum ini Facebook Inc) merancang mengurangkan bilangan pekerjanya secara besar-besaran minggu ini, lapor Sputnik memetik media AS.

    Pemberhentian berskala besar ini mungkin merupakan pusingan pemecatan terbesar pekerja bidang teknologi yang menjejaskan ribuan orang, The Wall Street Journal pada Ahad memetik sumber tanpa menyatakan berapa ramai daripada 87,000 pekerja Meta bakal dipecat.

    Menurut sumber pengumuman, pemberhentian kerja dijangka dibuat pada Rabu dan pegawai syarikat telah memaklumkan pekerja Meta supaya membatalkan perjalanan tidak penting mulai minggu ini.

    Pada Ahad, The New York Times melaporkan pemberhentian dijangka bermula pada akhir minggu ini.

    Menurut akhbar itu, Mark Zuckerberg, ketua eksekutif Meta berkata syarikat itu akan menjadi lebih kecil menjelang akhir 2023.

    Awal minggu ini, usahawan jutawan AS, Elon Musk yang baru-baru ini memperoleh Twitter berkata syarikat itu tidak mempunyai pilihan selain memecat pekerja kerana mengalami kerugian. – Bernama

    Pelawat menghadiri pesta permainan video ‘Minggu Permainan Paris’ dengan logo Meta Quest di latar belakang, di Paris pada 2 November 2022. Meta merancang mengurangkan bilangan pekerjanya secara besar-besaran minggu ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...