Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Metallica hadiahkan 72 Seasons buat peminat

    Penantian peminat selama tujuh tahun akhirnya menemui nokhtah apabila kumpulan rock terkenal, Metallica, mengumumkan bakal tampil dengan album terbaharu, 72 Seasons pada 14 April 2023.

    Album ke-12 Metallica itu diterbitkan Greg Fidelman bersama dua anggota kumpulan tersebut iaitu James Hetfield dan Lars Ulrich.

    Menurut James, konsep album terbaharu Metallica banyak menyelitkan kisah perjalanan mereka sejak 18 tahun lalu.

    “Apa yang boleh dikatakan tentang konsep album ini, ia berkisarkan tanggapan ibu bapa tentang kami waktu dulu. Ia mengenai personaliti diri yang membungkam.

    “Apa yang paling menarik ialah kepercayaan dan bagaimana ia memberi impak kepada persepsi kami terhadap dunia hari ini.

    “Kebanyakan pengalaman kami sebagai orang dewasa adalah paparan reaksi daripada apa yang kami alami ketika zaman kanak-kanak,” katanya.

    Selain itu, Metallica juga mengumumkan bakal mengadakan siri konsert jelajah Amerika Syarikat (AS) pada 2023 dan 2024 sempena kelahiran album baharu mereka itu.

    Antara lagu yang terkandung dalam album 72 Seasons termasuk Shadows Follow, Screaming Suicide, Sleepwalk My Life Away, You Must Burn!, Lux Aeterna, Crown of Barbed Wire, Chasing Light, If Darkness Had a Son dan Too Far Gone?.

    Januari tahun lalu, Lars, pernah ‘membocorkan’ rahsia dia dan anggota kumpulannya sedang menjalani rakaman untuk menghasilkan album terbaharu.

    Kali terakhir Metallica menghadiahkan peminat dengan album penuh adalah menerusi karya berjudul Hardwired…To Self-Destruct yang diterbitkan pada 2016. – Agensi

    Metallica mengumumkan bakal tampil dengan album terbaharu 72 Seasons. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...