Meteorit 30 tan ditemui di utara Argentina

BUENOS AIRES, 2016 – Para saintis telah menjumpai meteorit seberat lebih 30 tan di utara Argentina, menurut laporan.

Meteorit itu ditemui pada 10 September 2016 di bandar Gancedo, 1,085 kilometer ke utara Buenos Aires, Mario Vesconi, Presiden Persatuan Astronomi Chaco, memberitahu akhbar harian Clarin.

“Kami berharap penemuan itu lebih berat dari apa yang didaftarkan, namun kami tidak menyangka ia melebihi 30 tan,” Vesconi berkata, sambil menambah bahawa “saiz dan berat itu mengejutkan kami.”

“Ia dijumpai di Campo del Cielom di mana pancuran meteorit jatuh kira-kira 4,000 tahun yang lalu,” menurut pasukan itu yang dipetik sebagai berkata.

Meteorit ditimbang sekali lagi untuk memastikan timbangan dan ukuran yang tepat.

Meteorit terbesar yang pernah ditemui dipanggil Hoba adalah seberat 66 tan yang dijumpai di Namibia.