Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    METMalaysia jangka tiada jerebu teruk

    KUALA LUMPUR, 18 SEPT – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak menjangkakan berlakunya episod jerebu teruk di negara ini dalam masa terdekat, meskipun terdapat beberapa titik panas dikesan di Indonesia serta Malaysia ketika ini.

    Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata jangkaan berdasarkan data Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang menunjukkan bilangan titik panas di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia telah berkurangan semalam berbanding Isnin lepas.

    Beliau berkata pada 11 September, sebanyak 67 titik panas dikesan di Kalimantan dan 50 (Sumatera) tetapi semalam, bilangannya telah berkurangan kepada dua di Kalimantan dan Sumatera (15).

    “Bagi Malaysia pula, hanya satu titik panas dicatatkan di Semenanjung pada Isnin, namun situasi berubah semalam apabila Sabah dan Sarawak merekodkan keseluruhan empat titik panas.

    “Bagaimanapun, dengan berakhirnya monsun barat daya serta berkurangnya bilangan titik panas di Kalimantan dan Sumatera, MetMalaysia tidak menjangkakan akan berlakunya episod jerebu teruk dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

    Muhammad Helmi berkata monsun barat daya berakhir hari ini dan akan diganti dengan peralihan monsun yang dijangka berterusan hingga awal November.

    Semasa peralihan monsun itu, negara dijangka menerima lebih banyak hujan terutamanya pada sebelah petang dan awal malam terutamanya di negeri pantai barat Semenanjung, barat Sarawak dan Sabah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...