Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Nesat

    KUALA LUMPUR, 19 OKT – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika Nesat dikesan hari ini yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

    MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 5 petang ini, ribut tropika itu dikesan pada kedudukan latitud 17.1 darjah Utara dan longitud 109.8 darjah Timur kira-kira 159 kilometer (km) ke barat daya Hainan, China.

    Ribut itu yang membawa kelajuan angin maksimum 83 km sejam itu juga berada kira-kira 1,369 km ke barat laut Kudat, Sabah.

    Sementara itu, pada 7:45 malam MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hingga 11 malam ini. 

    Antara negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah. – Bernama

    Penggemar sukan papan luncur air melakukan aktiviti meluncur di tengah ombak besar dan laut bergelora susulan kesan Taufan Nesat yang melanda perairan Laut China Selatan pada 17 Oktober lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...