Mexico, AS bekerjasama dalam bidang tenaga

MEXICO CITY, 8 Jan – Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS) Ernest Moniz berada di Mexico untuk menandatangani perjanjian rangka kerja untuk membina pasaran elektrik merentas sempadan dengan Mexico, di mana AS sudah pun menjalankannya usaha sama tersebut dengan Kanada.

Moniz berkata potensi untuk hubungan yang saling menguntungkan tetap ada.

Turbin angin di semenanjung Baja California Mexico telah menghantar beberapa kuasa untuk pasaran AS.

Moniz berkata kelmarin bahawa “Mexico mempunyai sumber yang boleh diperbaharui yang sangat baik, dan di selatan sempadan (AS), kesemua negeri-negeri tersebut memiliki sasaran tinggi bagi tenaga yang diperbaharui”.

Mexico juga telah mula bergantung kepada import gas asli AS untuk menjalankan loji penjanaan elektrik lebih bersih.

Moniz berkata “Anda mungkin akan melihat lebih banyak tenaga boleh diperbaharui mengalir ke utara … dan banyak lagi gas mengalir ke selatan.” – AP