Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Mexico haramkan penjualan e-rokok

    BANDAR MEXICO, 1 JUN – Mexico mengharamkan penjualan rokok elektronik dan peranti vape lain kerana kebimbangan mengenai kesan kesihatannya, menurut pengumuman kerajaan itu kemarin.

    Presiden Andres Manuel Lopez Obrador berkata, adalah suatu pembohongan untuk mendakwa bahawa e-rokok adalah alternatif yang selamat untuk menyedut asap tembakau.

    “Asap itu juga berbahaya untuk kesihatan,” tambah Lopez Obrador, yang menandatangani dekri yang memperkenalkan larangan Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

    Pihak berkuasa Mexico City sementara itu mengumumkan bahawa apa-apa jenis rokok akan dilarang di dataran utama ibu negara, Zocalo dan kawasan sekitar di daerah bersejarah yang sibuk itu.

    Dewan Bandaraya turut berkata langkah itu adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang risiko kesihatan.

    Merokok telah diharamkan di ruang tertutup, pejabat kerajaan, kedai, bar dan restoran selama lebih sedekad, dengan pengecualian di tempat hiburan tertentu di Mexico.

    Mexico juga melarang sebarang aktiviti import dan eksport peranti dan kartrij vaping pada Oktober, tetapi syarikat-syarikat terus menjual simpanannya, kata Timbalan Menteri Kesihatan Hugo Lopez-Gatell. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...