Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mexico, Jamaica, El Salvador ke suku akhir

    LOS ANGELES, 17 Julai – Juara bertahan, Mexico, telah menempah tempat ke suku akhir Piala Emas CONCACAF dengan menewaskan Curacao 2-0 dan melebarkan lagi kemenangan mereka kepada lapan perlawanan.

    Mexico menamatkan persaingan Kumpulan C di puncak dengan dua menang dan satu seri bagi mengumpul tujuh mata. Jamaica pula berada di kedudukan kedua dengan lima mata dan El Salvador di tempat ketiga dengan empat mata.

    Kedua Jamaica dan El Salvador telah meraih tempat mereka ke suku akhir selepas terikat seri 1-1 pagi tadi.

    Mexico seterusnya akan berdepan dengan Honduras pada hari Khamis di Phoenix, Arizona dengan pemenang perlawanan itu mara ke separuh akhir. Jamaica pula menghadapi pasukan kejutan kejohanan, Kanada dalam satu lagi suku akhir.

    Amerika Syarikat (AS), yang mengungguli Kumpulan B, akan berdepan dengan El Salvador pada hari Rabu sementara Costa Rica berdepan Panama.

    Kevon Lambert (17) dan pemain El Salvador, Ivan Mancia (5) bersaing bagi mendapatkan bola dalam aksi antara Jamaica dan El Salvador yang berkesudahan seri 1-1. Kedua pasukan mara ke peringkat seterusnya. – AP
    Kevon Lambert (17) dan pemain El Salvador, Ivan Mancia (5) bersaing bagi mendapatkan bola dalam aksi antara Jamaica dan El Salvador yang berkesudahan seri 1-1. Kedua pasukan mara ke peringkat seterusnya. – AP
    Pemain Mexico, Edson Alvarez (kiri) meraikan jaringannya ke atas Curacao dalam aksi Piala Emas CONCACAF di Alamodome Arena, Texas. – AFP
    Pemain Mexico, Edson Alvarez (kiri) meraikan jaringannya ke atas Curacao dalam aksi Piala Emas CONCACAF di Alamodome Arena, Texas. – AFP

    Perlawanan pagi tadi kurang bersemangat kerana Curacao sudah tersingkir sebelum perlawanan selepas El Salvador terikat dengan Jamaica.

    Angel Sepulveda pemain remaja, Edson Alvarez telah menemui sasaran buat Mexico, yang menurunkan pasukan yang hanya menampilkan seorang pemain dari skuad Piala Konfederasi FIFA 2017.

    Sepulveda telah menjaringkan gol di pertengahan separuh masa pertama di depan 44,000 penyokong di Alamodome Arena. Mexico kemudian terus bertahan sehingga Alvarez, 19, menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada minit ke-91 untuk memastikan kemenangan.

    Mexico dilihat memburu gelaran Piala Emas kelapan kerana sebelum ini telah memenanginya pada 1993, 1996, 1998, 2003, 2009, 2011 dan 2015.

    Jamaica menamatkan peringkat kumpulan dengan satu menang dan dua seri.

    Nelson Bonilla telah membuka jaringan pada minit ke-15 bagi El Salvador, yang juga telah mengelakkan kekalahan yang mungkin menyaksikan mereka bermain menentang Martinique dari Kumpulan B dalam pusingan penentuan. Ia merupakan gol pertama yang dilepaskan oleh pertahanan Jamaica dalam kejohanan itu.

    Darren Mattocks mengikat kedudukan pada minit ke-64 bagi Reggae Boyz dengan rembatan rendah yang menewaskan penjaga gol El Salvador, Derby Carillo. Ia merupakan gol kelima Mattocks dalam enam persaingan Piala Emas.

    El Salvador kembali ke suku akhir buat pertama kali sejak 2013 apabila mereka gagal mara ke pusingan kalah-mati pada tahun 2015. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda