Wednesday, December 7, 2022
24.6 C
Brunei

-

Mexico, Jamaica mara separuh akhir Piala Emas

LOS ANGELES, 21 Julai – Juara bertahan, Mexico mencatat kemenangan 1-0 dalam separuh akhir Piala Emas CONCACAF ke atas Honduras di Stadium University of Phoenix, semalam.

Rodolfo Pizarro menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit keempat, menyudahkan hantaran cantik di depan gawang Honduras ketika Mexico mengorak langkah seterusnya cuba memenangi kejuaraan Piala Emas kelapan.

Orbelin Pineda memulakan persaingan di bahagian kiri dengan hantaran pendek kepada Jesus Duenas, yang membuat hantaran lintang di depan gawang ke tiang gol, memberikan Pizarro untuk menyudahkan peluang.

Mexico mara ke separuh akhir pada Ahad untuk memberikan perlawanan semula babak akhir 2015 menentang Jamaica, yang menempah tempat mereka lebih awal dalam perlawanan itu dengan kemenangan 2-1 ke atas Kanada, Mexico dan Jamaica akan berdepan dengan peringkat kumpulan di mana mereka hanya mampu seri 0-0.

Perlawanan separuh akhir akan diadakan di Rose Bowl di Pasadena, California. Pasukan AS dan Costa Rica akan bertemu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di AT&T Stadium esok di Dallas, Texas.

Pemain Mexico Jesus Duenas #20 melepaskan rembatan di depan Alfredo Mejia #8 dari Honduras dalam aksi suku akhir Piala Emas di Glendale, Arizona kelmarin. – AFP
Pemain Mexico Jesus Duenas #20 melepaskan rembatan di depan Alfredo Mejia #8 dari Honduras dalam aksi suku akhir Piala Emas di Glendale, Arizona kelmarin. – AFP
Pemain Jamaica Romario (kiri) bersaing dengan pemain Kanada Dejan Jakovic untuk mengawal bola dalam perlawanan suku akhir Piala Emas di Stadium Phoenix, Glendale Arizona kelmarin. – AFP
Pemain Jamaica Romario (kiri) bersaing dengan pemain Kanada Dejan Jakovic untuk mengawal bola dalam perlawanan suku akhir Piala Emas di Stadium Phoenix, Glendale Arizona kelmarin. – AFP

Honduras disingkirkan dari persaingan Piala Emas selepas gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan.

Satu-satunya kemenangan mereka hadir apabila French Guinea dibatalkan persaingan mereka dalam peringkat kumpulan selepas menurunkan pemain yang tidak sah.

Mexico mara ke separuh akhir biarpun menurunkan pasukan B yang melibatkan hanya seorang pemain dari skuad mereka yang berada di tangga keempat dalam aksi Piala Konfederasi. Juara tujuh kali itu sekarang mencatatkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan Piala Emas.

Mexico mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan mereka tetapi kegagalan untuk mendapatkan jaringan atau pertahanan Honduras hambar membolehkan peluang jaringan.

Awal semalam, jaringan pada setiap separuh masa menerusi Shaun Francis dan Romario Williams memastikan kemenangan bagi pasukan ‘Reggae Boyz.’

Jamaica memulakan persaingan dengan menarik di Stadium University of Phoenix apabila Francis menjaringkan satu-satunya jaringan selepas hanya enam minit persaingan.

Pemain penyerang Darren Mattock mendapatkan bola menerusi kesilapan pertahanan Kanada Steven Vitoria dan berada dalam kawasan penalti sebelum menghantar kepada Francis, yang melepaskan rembatan ke bahagian atas jaring.

Mattocks hampir menggandakan jaringan bagi pasukan Jamaica sejurus selepas itu hanya menyaksikan rembatannya berjaya dihadang oleh penjaga gawang, Milan Borjan.

Penyerang Kanada Cyle Larin hampir menjaringkan gol enam minit sebelum rehat tetapi rembatannya ditepis oleh Andre Blake.

Jamaica menggandakan pendahuluan mereka lima minit pada separuh masa kedua dengan jaringan dari Williams.

Penyerang Charleston Battery mendapatkan hantaran dari Mattock sebelum meledakkan rembatan dari luar kuasa penalti yang tidak dapat dicapai Borjan.

Kanada kembali membalas jaringan menerusi rembatan kencang jarak jauh dari Junior Hoilett pemain dari Cardiff City. Dia hampir menyamakan kedudukan dengan satu lagi ledakan kencang dari jarak jauh pada minit ke-71, yang hanya menyaksikan rembatannya ditepis keluar oleh Blake. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penghormatan buat Jiang Zemin

BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai...
- Advertisment -