Mexico ke suku akhir Piala Emas

CHARLOTTE, 24 JUN – Mexico mengalahkan Martinique 3-2 awal pagi tadi untuk layak ke suku akhir Piala Emas Concacaf sebagai juara Kumpulan A di depan Kanada.

Kanada mara selepas membelasah Cuba 7-0 dengan hatrik Lucas Cavallini dan penyerang berusia 19 tahun, Jonathan David pada perlawanan terdahulu di Stadium Bank of America, Charlotte.

Pasukan pilihan utama Mexico diuji oleh Martinique dalam laluan meraih kemenangan yang menyaksikan mereka melengkapkan aksi peringkat kumpulan dengan memenangi semua tiga perlawanan. – AFP