MEXICO, 8 Ogos – Mexico kini berdepan kekurangan vaksin hepatitis B, akibat daripada pengeluaran di peringkat dunia yang dikatakan menghadapi masalah.
Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Mexico hari ini.
Kementerian berhasrat membeli sejuta dos bagi membantu kanak-kanak di negara itu, bagaimanapun vaksin berkenaan tidak dapat dibekalkan sehingga Disember.
Sejuta dos hanya berupaya menampung keperluan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak di Mexico Pengarah Pusat Kebangsaan Kanak-kanak dan Kesihatan Remaja Luis Gerardo Duran, mengakui terdapat masalah kekurangan bekalan terutamanya untuk kawasan pedalaman.
Namun, beliau menolak berlakunya keadaan kecemasan walaupun akhbar La Jornada melaporkan pihaknya masih menunggu pembelian empat juta dos vaksin untuk kanak-kanak berusia 4 tahun bertujuan memerangi difteria, batuk kokol dan tetanus. – Bernama