Mexico mahu ‘selamatkan’ sektor minyak

BANDAR MEXICO, 16 Dis – Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador semalam memperincikan rancangannya untuk ‘menyelamatkan’ industri minyak negara dengan meningkatkan pengeluaran minyak mentah dalam syarikat minyak milik negara sebanyak 45 peratus menjelang 2025.

Berucap dari Ciudad del Carmen, bandar pesisir pantai Teluk kira-kira 50 batu daripada sebuah padang minyak mengekalkan kewangan awam Mexico selama berdekad-dekad, Lopez Obrador berkata sasaran adalah untuk Petroleos Mexicanos (Pemex)meningkatkan pengeluaran minyak mentah kepada 2.4 juta tong sehari daripada jumlah masa ini sebanyak 1.65 juta tong sehari.

“Kami akan melabur di mana kami tahu terdapatnya petroleum dan ia akan mengurangkan belanja kami untuk mengekstraknya,” katanya di hadapan para pekerja minyak.

Lopez Obrador sebelum ini pernah mengumumkan rancangan untuk melabur sebanyak AS$3.65 juta daripada simpanan kerajaan dalam program berjimat cermat terhadap Pemex.

Syarikat berkenaan telah bergelut untuk menghasilkan dana dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan tatkala kewajipan pencen yang semakin meningkat, kadar cukai tinggi, kecurian bahan api yang berleluasa dan ketidakcekapan.

Presiden turut berkongsi satu anekdot mengenai perbualan bersama seorang lelaki dalam sebuah pesawat menuju ke Ciudad del Carmen yang pernah menghantar seutas jam tangan bernilai AS$1 juta kepada seorang pelanggan di dalam sebuah bandar, mencadangkan bahawa jam berkenaan merupakan satu simbol rasuah dan curi dalam industri minyak.

“Ini adalah sebabnya kenapa negara ini mundur,” katanya, berikrar untuk mencari pencuri entiti negara.

Lopez Obrador menjelaskan rancangannya untuk ‘menyelamatkan’ industri minyak sebagai ‘realistik’ dan mengulangi gesaannya untuk memindahkan ibu pejabat Pemex dari ibu negara ke Ciudad del Carmen. – AP

Gambar bertarikh 30 Dis 2016 menunjukkan sebuah trak tangki minyak menunggu di sebuah terminal penyimpanan dan penghantaran Pemex di pelabuhan Veracruz, Mexico. – AP