Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mexico memperingati ulang tahun dua gempa maut

    BANDAR MEXICO, 20 Sept – Mexico mengadakan hari peringatan semalam, bagi memperingati dua gempa maut yang melanda negara itu pada 19 September iaitu pada tahun lepas yang mengorbankan 369 orang dan pada tahun 1985 yang mengorbankan lebih daripada 10,000 orang.

    Penduduk di Bandar Mexico mengadakan upacara berkabung dan bertafakur selama satu minit bagi mengingati mangsa yang terkorban daripada kedua-dua bencana gempa itu.

    Kemudian, seperti tahun-tahun sebelumnya, kira-kira 20 juta orang penduduk bandar itu mengadakan latihan gempa bumi, bagi mempersiapkan diri untuk gempa berikutnya yang mungkin berlaku di sana, yang dianggap sebagai salah satu kawasan aktif gempa itu. Sesetengah daripada mereka merasa sedih apabila penggera gempa bumi dipasang untuk menandakan latihan itu.

    Pekerja perbandaran memandang ke atas semasa latihan keselamatan gempa bumi di Bandar Mexico diadakan pada 19 September 2018 ketika Mexico memperingati ulang tahun dua gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada tahun 2016 dan 1985. – AFP

    “Trauma masih ada, walaupun sudah berlalu, walaupun kita tahu ini tidak benar,” kata juruwang bank, Ofelia Gomez, 39.

    Gempa bumi pada tahun 1985, yang berukuran 8.1 magnitud telah mengakibatkan sebahagian besar kawasan Bandar Mexico itu musnah.

    Pada upacara memperingati awal pagi semalam, penduduk tempatan memberi penghormatan kepada mangsa salah satu runtuhan terburuk di dunia itu, apabila sebuah pangsapuri Nuevo Leon, 15 tingkat musnah akibat gempa 33 tahun lalu, di mana 472 orang terkorban. Beribu-ribu sukarelawan membanjiri jalan-jalan dan melalui runtuhan bangunan, bagi mencari mangsa yang selamat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda