Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mexico meterai perjanjian jaminan vaksin

    MEXICO, 14 OKT – Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador semalam menandatangani perjanjian awal dengan AstraZeneca, Pfizer dari Amerika Syarikat (AS) dan CanSino Biologics dari China yang akan memperoleh 146 juta dos vaksin COVID-19.

    Mexico membuat pembayaran awal sebanyak AS$159 juta dan secara keseluruhannya, Mexico akan membayar AS$321.21 juta pada akhir tahun ini, menurut laporan agensi Anadolu.

    Ia berkata pemerintah merancang untuk memvaksin 116 juta orang pada akhir 2021, dengan pusingan vaksinasi pertama yang akan dimulakan pada Disember. Vaksinasi awal akan mengimunisasi 2.6 juta orang dan pada akhir suku ketiga pada 2021 jumlahnya akan mencapai 20 juta. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda