Mexico siasat mayat pelajar hilang

MEXICO CITY, 19 FEB – Penyiasat Mexico menghantar 16 mayat ke Austria untuk tujuan analisis genetik, kata kerajaan semalam bagi memastikan sama ada mereka adalah antara 43 pelajar yang hilang pada tahun 2014 dalam kes yang mencetuskan kegerunan antarabangsa.

Sepasukan perwakilan dari pejabat pendakwa Mexico dan antropologi forensik Argentina menyerahkan 16 mayat tersebut ke Universiti Innsbruck.

Mereka ditemui di daerah bernama Barranca de la Carniceria del Ejido de Cocula, di wilayah Guerrero, di mana para pelajar dari sekolah serta guru Ayotzinapa hilang.

Ini menandakan penghantaran ketiga jenazah berkaitan dengan kes Ayotzinapa ke Innsbruck.

Universiti itu telah mengenal pasti jenazah beberapa pelajar, termasuk Christian Alfonso Rodriguez Telumbre dan Alexander Mora Venancio.

Dan pendakwa raya di bawah bekas presiden Enrique Pena Nieto telah mengatakan bahawa mereka mempunyai bukti menunjukkan bukti ke atas seorang lagi bernama Jhosivani Guerrero.

Sebanyak 82 orang telah ditangkap berkaitan dengan kes itu, sementara sembilan waran tangkap sedang menunggu untuk dijalankan dan 14 lagi belum dibebaskan, kata Wakil Menteri Dalam Negeri Alejandro Encinas kepada wartawan. – AFP