BANDAR MEXICO, 7 Mac – Mexico telah meluluskan satu pemindaan perlembagaan semalam untuk menubuhkan Pengawal Kebangsaan yang baharu, satu cadangan berkontroversi yang dibuat oleh Presiden Andres Manel Lopez Obrador (AMLO) dalam usahanya untuk menangani kekejaman di negara itu.
Perubahan itu, yang sudah pun mendapat lebih dua pertiga sokongan majoriti dalam kedua-dua dewan kongres, mendapat pengesahan segera setelah lebih dari separuh 32 badan perundangan Mexico mengundi untuk meluluskannya, halangan terakhir perlembagaan.
Cadangan asal AMLO telah mendapat kecaman tajam daripada beberapa kumpulan hak asasi kemanusiaan, yang mengatakan pasukan baharu itu akan mengekalkan perintah ketenteraan negara itu.
Namun, versi terbaharu itu diubahsuai untuk meletakkan had selama lima tahun berkaitan peranan tentera dalam usaha menentang jenayah dan meletakkan Pengawal Kebangsaan di bawah perintah keselamatan, bukan kementerian pertahanan.
“Sebanyak 17 buah badan perundangan kini telah meluluskan (perubahan) itu, undang-undang baharu itu ditubuhkan oleh perlembagaan,” kata ketua Senat, Marti Batres di Twitter selaku anggota parti presiden, Morena.
Apabila badan perundangan negeri yang lain mengundi perubahan itu, satu formaliti, kongres persekutuan akan secara rasmi menubuhkannya, di mana ia akan terus berkuat kuasa.
Pada mulanya, cadangan AMLO mencetuskan bantahan keras, termasuklah dalam senat di mana para pakar dan aktivis mengesahkan bahawa Mexico telah mengalami letusan keganasan dan pencabulan hak asasi kemanusiaan sejak negara itu pertama kali mengerahkan pihak tentera menentang kartel dadah yang berkuasa pada 2006.
Namun, selepas pemindaan untuk mengurangkan peranan ketenteraan dalam pasukan baharu itu, kongres telah meluluskan perundangan hampir sebulat suara, dengan hanya satu undi menentang di dewan rendah. – AFP

































