MGM rancang habiskan musim di Las Vegas

LOS ANGELES, 4 MEI – MGM Resort International telah mencadangkan kepada NBA untuk menghabiskan musim 2019-2020 yang terhenti kerana koronavirus di gelanggang pusat konvensyen Las Vegas, lapor New York Times.

Rancangan tersebut, menurut akhbar mewajibkan pemain dan ahli keluarga mereka dan kakitangan yang penting, untuk berada dalam kawasan kuarantin di hotel MGM sepanjang kawasan Las Vegas sementara mengadakan latihan dan pertandingan di gelanggang dalam bangunan yang sama. Pemain dan penyiar akan mempunyai akses kepada kemudahan resort semasa di kawasan yang dilindungi di bawah rancangan MCM, yang mempunyai 13 buah hartanah resort di Vegas.

Rancangan tersebut akan mengubah pusat konvensyen MCM menjadi 24 buat gelanggang bola keranjang, lima daripadanya dilengkapi dengan kamera untuk membenarkan liputan televisyen, dan pemain akan tinggal di kawasan atau hotel berhampiran. ESPN melaporkan NBA sedang menimbang kawasan kuarantin yang sama di Orlando yang melibatkan hotel-hotel dan gelanggang di kawasan persendirian Disney World.

NBA telah menggantung musim mereka pada bulan Mac selepas pemain Utah, Rudy Gobert diuji positif dijangkiti virus dan liga mengumumkan tidak adanya rancangan untuk menyambung semula perlawanan atau jadual masa untuk meneruskan kejohanan.

Liga akan membenarkan pemain menjalankan senaman secara individu di pusat kemudahan pasukan bermula Jumaat di kawasan di mana undang-undang perintah berkurung dibenarkan, satu langkah kecil untuk menyambung semula perlawanan.

Dalam rancangan tersebut, pemain dijangka memerlukan kem latihan selama lebih tiga minggu untuk membuat persediaan untuk perlawanan, yang mungkin termasuk bulan-bulan akhir musim NBA dan dua bulan sebelum playoff diadakan. – AFP

MGM Resort International telah mencadangkan kepada NBA untuk menghabiskan musim 2019-2020 di pusat persidangan Las Vegas.- AFP