Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    MH17: Tunggu mahkamah Belanda buat keputusan 17 Nov

    NEW YORK, 25 SEPT – Sebarang tindakan susulan Malaysia berhubung kes penembakan jatuh pesawat MH17 hanya akan dibuat selepas mahkamah di Belanda membuat keputusan mengenainya pada 17 November depan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Belanda Mark Rutte di sini pada Jumaat, beliau menyuarakan pendirian negara yang mahu bersikap adil kepada semua pihak yang dikaitkan dengan insiden itu.

    “Kes ini telah pun berada di peringkat mahkamah dan keputusan November ini, kita akan sama-sama tunggu keputusan. Apa-apa tindakan akan kita buat selepas keputusan mahkamah. Sebab MH17 ini libatkan ramai rakyat Belanda dan Malaysia,” katanya pada sidang media di sini, pada Sabtu. Kedua-dua pemimpin itu yang berada di bandar raya ini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-77, bertemu di ibu pejabat PBB.

    Mahkamah Daerah The Hague akan memutuskan perbicaraan kes MH17 pada 17 November depan. Ia melibatkan empat individu yang menghadapi 298 pertuduhan membunuh kerana didakwa menembak jatuh pesawat yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014.

    Perdana Menteri mengakui terdapat tekanan terhadap Malaysia untuk menyertai beberapa negara mengambil tindakan terhadap Rusia yang dituduh terlibat dengan kejadian penembakan jatuh pesawat milik Malaysia Airlines itu, namun ia tetap dengan pendirian untuk menunggu keputusan mahkamah. – Bernama

    Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semasa menyampaikan ucapan bagi sesi UNGA di ibu pejabat PBB, New York pada 23 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...