Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    MH370: MOT akan bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia

    KUALA LUMPUR, 18 FEB – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sedia bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengenai kajian mereka berhubung dokumen yang dikeluarkan jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey yang mendakwa terdapat petunjuk baharu dalam mengenal pasti lokasi pesawat MH370 yang hilang.

    Menurut MOT dalam kenyataan hari ini, kementerian mengambil maklum ATSB sedang meneliti data baharu yang dikeluarkan Godfrey namun tidak boleh mengulas secara terperinci tentang kesahihan penilaian itu tanpa semakan dan pengesahan pihak ketiga.

    “Sebarang perbincangan lanjut akan diadakan dengan Kerajaan China dan Australia berdasarkan bukti yang boleh dipercayai, yang mungkin membawa kepada pencarian baharu bagi pesawat yang hilang MH370.

    “MOT bersimpati kepada ahli keluarga mangsa serta berpandangan bahawa sebarang bukti baharu yang boleh dipercayai yang mungkin membawa kepada penemuan lokasi pesawat MH370 perlu dipertimbangkan dan diteliti sewajarnya,” katanya dalam kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...