Mi Electric Scooter Pro 2 lebih menarik

Walaupun telefon pintar Xiaomi tidak diedarkan di Amerika Syarikat (AS), tetapi ia mempunyai pelbagai produk gaya hidup yang dijual melalui pelbagai peruncit.

Syarikat tersebut telah men-dedahkan beberapa pilihan skuter elektrik baharu, antaranya ialah Mi Electric Scooter Pro 2 (gambar bawah) dan 1S.

Mi Electric Scooter Pro 2 generasi kedua skuter itu memberikan perjalanan mudah sehingga 45kmsj dengan kelajuan hingga 25kmsj.

Jarak dan kelajuan bergantung keadaan jalan, berat penumpang, dan keadaan cuaca.

Dengan skuter generasi pertama, telefon pintar diperlukan untuk melihat kelajuannya, jarak, dan data lain yang direkodkan oleh skuter tersebut.

Keluaran baharu ini mempunyai skrin LCD kecil untuk memaparkan kelajuan, mod menunggang, dan status lampu.

Xiaomi juga melancarkan model yang lebih efisien, Mi Electric Scooter 1S, dengan jarak 30km pada kelajuan hingga 25kmsj . – Agensi