Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Miami Heat jinakkan Hawks

    MIAMI, 27 APRIL – Victor Oladipo dan Bam Adebayo bergabung untuk memperoleh 43 mata ketika Miami Heat menewaskan Atlanta Hawks 97-94 untuk menyempurnakan siri kemenangan 4-1 di dalam perlawanan playoff NBA kelmarin.

    Miami, tanpa bintang pemain yang cedera, Jimmy Butler dan Kyle Lowry, menghasilkan persembahan pertahanan yang sungguh menarik untuk menewaskan Atlanta dan mara ke siri separuh akhir Eastern Conference yang akan bertembung sama ada dengan Philadelphia atau Toronto.

    Memerlukan kemenangan untuk terus bertahan dalam tujuh siri perlawanan, Atlanta dan Miami bersaing sengit pada separuh masa pertama, dengan hanya beberapa mata yang memisahkan kedua-dua pasukan.

    Tetapi Max Strus mendahului dengan 10 mata dalam keputusan 17-2 Miami untuk menamat suku kedua yang menyebabkan Heat mendahului 54-42 sebelum separuh masa pertama berakhir.

    Atlanta memperoleh tiga mata pada penghujung perlawanan tetapi Miami dengan bantuan Oladipo dan Adebayo yang memberikan prestasi cemerlang tetap bertahan untuk membawa Heat mendahului saingan.

    Oladipo mendahului Miami dengan 23 mata manakala Adebayo memperoleh 20 mata dengan 11 rebound.

    Tyler Herro memperoleh 16 mata manakala Strus menambah 15 mata dan Caleb Martin memperoleh 10 mata. Kemenangan tersebut menandakan permulaan pertama playoff untuk Oladipo, yang kerjayanya telah musnah akibat kecederaan dan pembedahan banyak kali sejak tiga tahun yang lalu.

    Oladipo hanya kembali beraksi pada Mac selepas 11 bulan diketepikan kerana kecederaan berikutan pembedahan untuk memulihkan tendon quadriceps yang retak. Dia telah menjalani pembedahan untuk merawat masalah yang sama pada Januari 2019.

    Sementara itu, Adebayo berbangga dengan prestasi pertahanan Miami yang berjaya mengawal bintang Hawks, Trae Young yang hanya memperoleh 11 mata. De’Andre Hunter memimpin Atlanta dengan 35 mata. – AFP

    Aksi Victor Oladipo ketika menentang Atlanta Hawks semasa perlawanan separuh masa kedua siri playoff NBA di Miami, Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...