Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Miami Heat tundukkan Knicks

    MIAMI, 9 MEI – Jimmy Butler (gambar-AP) menjaringkan 27 mata ketika Miami Heat mengatasi New York Knicks untuk mendahului 3-1 dalam siri playoff NBA Western Conference terbaik daripada tujuh perlawanan, kelmarin.

    Butler merupakan salah seorang daripada lima pemain Miami yang menamatkan saingan dengan jaringan dua angka ketika Heat mencatat kemenangan 109-101 yang menjadikan pasukanya hanya satu lagi kemenangan untuk layak ke pusingan akhir Western Conference.

    Ia adalah satu lagi persembahan yang hebat dipamerkan Miami dan nampak lebih semangat dan mantap di kedua-dua bahagian menyerang dan bertahan.

    Miami berjaya meraih 13 rebound serangan berbanding lapan rebound New York, manakala di bahagian pertahanan New York, mereka berjaya menarik 31 rebound pertahanan berbanding 27 milik pasukan Knicks.

    Jurulatih Miami, Erik Spoelstra berkata pasukannya kini meraih hasil daripada daya tahan yang mereka ceburi sepanjang musim biasa, apabila mereka terpaksa bertarung melalui kejohanan play-in untuk mara ke playoff.

    Pasukan Knicks juga gagal dalam percubaan tiga mata mereka, dengan New York hanya berjaya menjaringkan sembilan daripada 28 percubaan dari luar berbanding dengan 13 daripada 39 percubaan oleh pasukan Miami.

    Butler mencatatkan 27 mata, 10 assist dan enam rebound manakala Bam Adebayo menunjukkan prestasi pertahanan yang cemerlang dengan mencipta 23 mata dan 13 rebound.

    Jalen Brunson mengetuai penjaring New York dengan 32 mata, manakala RJ Barrett menambah 24 mata dan Julius Randle 20 mata.

    Knicks kini perlu memenangi ketiga-tiga baki perlawanan mereka untuk terus kekal dalam perlawanan separuh akhir, manakala Miami boleh mengesahkan tempat mereka dalam pusingan akhir persidangan dengan kemenangan dalam perlawanan kelima di New York pada Rabu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...