Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Miami tewas dalam perlawanan akhir Piala Terbuka AS

    AMERIKA SYARIKAT, 28 SEPT – Houston Dynamo menewaskan Inter Miami 2-1 untuk memenangi Piala Terbuka Amerika Syarikat (AS), kelmarin dengan Lionel Messi yang cedera menonton dari tempat duduk di Stadium DRV PNK.

    Tanpa Messi dan bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Jordi Alba, Miami menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan Houston dan ketinggalan 2-0 pada waktu rehat.

    Houston mendahului pada minit ke-24 dengan serangan balas yang sempurna yang berakhir dengan pemain Brazil, Artur mengumpan Griffin Dorsey untuk menjaringkan gol di tiang terdekat.

    Penyerang Perancis, Amine Bassi menggandakan keunggulan menerusi sepakan penalti sembilan minit kemudian selepas DeAndre Yedlin menjatuhkan Nelson Quinones.

    Houston menyangka bahawa mereka telah menjaringkan gol ketiga selepas rehat tetapi gol Quinones dibatalkan kerana ofsaid selepas semakan VAR.

    Pemain gantian, Josef Martinez memberikan Miami sedikit harapan lewat dengan rembatan kaki kiri pada masa kecederaan selepas mencuri bola daripada pemain Argentina, Facundo Farias.

    Tetapi walaupun ada beberapa tekanan lewat, ia terlalu sedikit, terlalu lewat dari Miami dan Houston layak memenangi Piala Terbuka AS kedua sebagai tambahan kepada kejayaan mereka pada 2018. – AFP

    Aksi Sergio Busquets (kiri) pada separuh masa pertama perlawanan bola sepak akhir Piala Terbuka AS, di Fort Lauderdale, Florida pada 27 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda