Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MIC hadkan aktiviti pelaburan

    YANGON, 14 April – Suruhanjaya Pelaburan Myanmar (MIC) telah mengumumkan sekatan ke atas beberapa aktiviti pelaburan, memandangkan sesetengah sektor hanya membenarkan pelaburan oleh kerajaan.

    Menurut akhbar Global New Light of Myanmar pada hari ini, sektor yang terhad kepada pelaburan kerajaan termasuk keselamatan dan pertahanan, senjata untuk pertahanan negara, setem pos negara, penubuhan pejabat pos dan peti surat, lalu lintas udara, perkhidmatan bayaran malim, hutan semula jadi dan kawasan hutan kecuali perniagaan yang berkaitan dengan pembasmian pengeluaran karbon, logam radioaktif seperti uranium dan torium, sistem tenaga elektrik dan kerja-kerja elektrik.

    Sementara itu, 12 sektor yang dibuka kepada pelaburan asing termasuk perikanan air tawar dan perkhidmatan relevan, penerbitan dan pengedaran terbitan berkala dalam bahasa etnik termasuk Burma, misalnya.

    Sebuah trak ketika melintas kontena di pelabuhan di Yangon. MIC telah mengumumkan sekatan ke atas beberapa aktiviti pelaburan, memandangkan sesetengah sektor hanya membenarkan pelaburan oleh kerajaan. – AFP
    Sebuah trak ketika melintas kontena di pelabuhan di Yangon. MIC telah mengumumkan sekatan ke atas beberapa aktiviti pelaburan, memandangkan sesetengah sektor hanya membenarkan pelaburan oleh kerajaan. – AFP

    Sejumlah 6.874 bilion dolar pelaburan asing tahunan daripada 135 perusahaan asing memasuki Myanmar dalam tahun fiskal akhir 2016-17 yang berakhir pada Mac, membawa jumlah pelaburan asing kepada 70.35 bilion dolar AS sejak akhir 1988.

    Myanmar menyasarkan lebih 6 bilion dolar aliran masuk pelaburan asing dalam tahun kewangan 2017-18.

    Sementara itu, undang-undang pelaburan baru Myanmar, disokong oleh parlimen pada Oktober 2016 dan diluluskan oleh kerajaan, mulai berkuatkuasa pada April. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda