Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Michael Kors beli Jimmy Choo £900j

LONDON, 25 Julai – Jenama fesyen Michael Kors pada hari Selasa bersetuju membeli pembuat kasut British, Jimmy Choo dengan nilai hampir £ 900 juta (AS$1.2 bilion, € 1.0 bilion).

Jimmy Choo – peminat selebriti termasuk Beyonce, Lady Gaga, Nicole Kidman dan Kate Middleton – adalah ‘rakan kongsi ideal’ untuk pembuat beg tangan dan pakaian Amerika Syarikat, kata kenyataan itu.

“Lembaga pengarah Michael Kors Holdings Limited dan Jimmy Choo plc dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan mengenai terma pengambilalihan tunai yang disyorkan,” tambahnya.

“Michael Kors percaya ia adalah rakan kongsi yang sesuai untuk Jimmy Choo dan berada dalam kedudukan yang baik untuk menyokong pertumbuhan berterusan Jimmy Choo,” katanya.

“Michael Kors berhasrat menerapkan pengalaman, infrastruktur dan keupayaan yang telah dibangunkan sebagai sebuah syarikat sepanjang pertumbuhannya di seluruh dunia sebagai jenama fesyen mewah untuk menyokong pertumbuhan Jimmy Choo.”

Michael Kors telah memperoleh sokongan syarikat pelaburan yang berpusat di Luxembourg dan pemegang saham majoriti JAB Luxury, yang memegang 67.66 peratus Jimmy Choo. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -