Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Michelle Yeoh menang Anugerah Golden Globe

    Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh mencatat sejarah apabila menjadi pelakon Malaysia pertama yang memenangi Anugerah Golden Globe yang berlangsung di The Beverly Hilton, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

    Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 61, membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal menerusi filem lakonannya Everything Everywhere All At Once.

    Aktres kelahiran Ipoh, Perak itu berjaya menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris; Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grand).

    Dalam pada itu, Michelle juga merupakan pelakon Asia kedua yang memenangi kategori berkenaan selepas Awkwafina, pelakon AS yang berdarah campuran Cina memenanginya tiga tahun lalu menerusi filem The Farewell.

    Selain Awkwafina, ia turut mencalonkan pelakon-pelakon Asia lain termasuk Machiko Kyo (The Teahouse of the August Moon – 1956), Miyoshi Umeki (Flower Drum Song – 1961), Yvonne Elliman (Jesus Christ Superstar – 1973), Hailee Steinfeld (The Edge of Seventeen – 2016) yang berketurunan Filipina dan Constance Wu (Crazy Rich Asians) pada 2018.

    Michelle mula melonjak ke kemuncak kesohoran antarabangsa apabila beliau berlakon disamping Pierce Brosnan menerusi filem Bond 1997, Tomorrow Never Dies. Antara filem-filem Hollywood yang dilakonkan oleh primadona ini termasuk Crouching Tiger Hidden Dragon, Crazy Rich Asians, Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings, Memoirs Of A Geisha dan banyak lagi. – Agensi

    Michelle Yeoh, pelakon Malaysia pertama menang Anugerah Golden Globe baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...