Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Michelle Yeoh terima ijazah kehormat AFI

    Tan Sri Michelle Yeoh, 60, bakal dianugerahkan ijazah kehormat dari Institut Filem Amerika (AFI) atas sumbangan besar dalam industri perfileman Hollywood.

    Michelle yang juga anak kelahiran Ipoh, Perak mencipta kejayaan luar bia-sa menerusi filem komedi, Everything Everywhere All at Once, baru-baru ini.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AFI, Bob Gazzale berkata, impak ditinggalkan Michelle di seluruh dunia sangat luar biasa dan selayaknya menerima pengiktirafan itu.

    “Michelle Yeoh menjadi inspirasi seluruh dunia menerusi bakat luar biasanya. Dedikasi ditunjukkan terhadap bidang seni amat membanggakan AFI,” katanya. Acara penganugerahan akan berlangsung pada 13 Ogos ini di TCL Chinese Theatre in Hollywood.

    Filem Everything Everywhere All at Once tulisan dan arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert turut dibintangi Stephanie Hsu, Ke Huy Quan, Jenny Slate, Harry Shum Jr, James Hong dan Jamie Lee Curtis.

    Filem itu berjaya menerima reviu positif termasuk skor 95 peratus daripada Rotten Tomatoes.

    Michelle sudah berlakon lebih 70 filem. Antaranya, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies dan Crazy Rich Asians. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...