NEW YORK, 21 Jun – Juara lima kali kejohanan golf, Phil Mickelson memohon maaf kelmarin kerana memukul bola yang sedang bergerak semasa pusingan ketiga Terbuka AS Sabtu lalu menerusi pesanan teks kepada Golf.com kelmarin.
Pemain golf berusia 48 tahun, pemegang nombor dua sebanyak enam kali dalam kejohanan major yang belum pernah dimenanginya, menghantar pesanan teks dengan menyalahkan sikap dan kekecewaannya semasa pelanggaran peraturan kejohanan itu.
“Saya tahu ia akan berlaku lagi tetapi mengambil masa selama beberapa hari untuk bertenang,” menurut kenyataan Mickelson di laman sesawang itu. “Kemarahan dan kekecewaan telah menguasai saya hujung minggu lalu. Saya malu dan kecewa dengan tindakan tersebut. Ia jelas bukan detik yang indah dan saya memohon maaf.”
Insiden itu berlaku di lubang ke-13 di Shinnecock ketika cuaca buruk di mana menurut beberapa pemain, Persekutuan Golf AS tidak dapat mengawal keadaan dan menjadikan keadaan semakin sukar.
Mickelson melakukan putt menuju ke green 13 tetapi mengejar bola itu lalu memukul untuk memasukkannya ke lubang apabila bola masih bergerak.
Dia diberikan penalti sebanyak dua pukulan kerana pelanggaran itu tetapi ramai mencadangkan dia patut dikeluarkan kerana tindakan tersebut.
Menurut laporan, isteri Mickelson, Amy Mickelson berkata suaminya telah ditawarkan untuk menarik diri dari kejohanan USGA presiden Mike Davis.
Mickelson berkongsi di kedudukan ke-48 di 16 di atas par semasa kejohanan tersebut. – AFP