Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Micron labur AS$15b dalam kilang semikonduktor

    IDAHO, 4 SEPT – Micron Technology akan melabur AS$15 bilion pada akhir dekad dalam kilang semikonduktor baharu yang menurut pengeluar cip itu akan mewujudkan 17,000 pekerjaan di Amerika Syarikat (AS).

    Sanjay Mahrotra, presiden dan ketua pegawai eksekutif Micron, berkata pelaburan syarikatnya dilakukan menerusi Akta CHIPS dan Sains 2022 yang diluluskan pada bulan lalu, rang undang-undang bernilai AS$280 bilion bertujuan merangsang daya saing AS terhadap China dan mengelak berdepan satu lagi masalah kekurangan cip yang telah menjejas industri kereta dan teknologi semasa pandemik.

    Undang-undang CHIPS memperuntukkan AS$52 bilion untuk merangsang industri semikonduktor, yang disebabkan gangguan rantaian bekalan berkaitan COVID yang bermula pada 2020, dan telah bergelut untuk mengeluarkan cip yang digunakan dalam gajet seperti telefon pintar, komputer dan kereta.

    “Kilang pengeluaran memori baharu kami akan merangsang teknologi AS, menjamin bekalan semikonduktor domestik yang penting kepada perkembangan ekonomi dan keselamatan negara,” kata Mehrotra.

    Micron berkata penempatan kilang pengeluaran di ibu pejabat operasi syarikat akan mempertingkat kecekapan dan membantu produk dipasarkan dengan lebih cepat.

    Datuk bandar Boise Lauren McLean berkata perjanjian itu akan membantu ekonomi bandar berkembang dan menarik pelbagai tenaga kerja.

    “Ia merupakan pelaburan sekali dalam satu generasi di Boise daripada sebuah syarikat tempatan yang memberikan sumbangan penting kepada kemapanan ekonomi dalam komuniti, negeri dan negara kami,” tulis McLean di Twitter. – AP

    Papan tanda kelihatan di pintu masuk kilang cip kereta Micron Technology di Manassas, Idaho. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...