Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Microsoft beli Activision Blizzard AS$70 bilion

    WASHINGTON, 19 JAN – Microsoft membayar sejumlah besar hampir AS$70 bilion untuk Activision Blizzard, pereka Candy Crush dan Call of Duty, perjanjian yang akan segera menjadikannya sebuah syarikat permainan video yang lebih besar daripada Nintendo sambil menimbulkan persoalan tentang kemungkinan kesan anti-persaingan perjanjian tersebut.

    Perjanjian tunai AS$68.7 bilion itu akan menjadikan Microsoft, pembuat sistem permainan Xbox, menjadi salah satu syarikat permainan video terbesar di dunia. Ia juga akan membantunya bersaing dengan pesaing teknologi seperti Meta, yang dahulu dikenali sebagai Facebook, dalam mencipta dunia maya yang mengasyikkan untuk kerja dan bermain.

    Jika perjanjian itu bertahan dalam penelitian daripada pengawal selia AS dan Eropah dalam beberapa bulan akan datang, ia boleh menjadi salah satu pemerolehan teknologi terbesar dalam sejarah.

    Dell membeli syarikat penyimpanan data EMC pada 2016 dengan harga sekitar AS$60 bilion.

    Activision telah dihambat oleh dakwaan salah laku dan gaji yang tidak sama rata selama berbulan-bulan. Ketua pegawai eksekutif Microsoft, Satya Nadella menangani isu itu kelmarin dalam persidangan video bersama pelabur.

    “Budaya organisasi kami adalah keutamaan No.1 saya,” kata Nadella, sambil menambah bahawa “penting untuk Activision Blizzard memacu ke hadapan” atas komitmennya bagi meningkatkan budaya tempat kerjanya.

    Activision mendedahkan tahun lalu, ia sedang disiasat oleh Suruhanjaya sekuriti dan Bursa berhubung dengan aduan diskriminasi tempat kerja dan pada September menyelesaikan tuntutan yang dibawa oleh pengawal selia diskriminasi tenaga kerja AS. – AP

    Microsoft membayar sejumlah besar hampir AS$70 bilion untuk Activision Blizzard, perjanjian yang akan segera menjadikannya sebuah syarikat permainan video yang lebih besar daripada Nintendo. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...