Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Microsoft, Greece umum pelaburan AS$1 bilion

    ATHENS, GREECE, 5 OKT – Microsoft telah mengumumkan rancangan untuk membina tiga pusat data di Athens, menyediakan pelaburan yang amat diperlukan sehingga AS$1 bilion kepada ekonomi Greece yang telah terjejas teruk akibat pandemik.

    Berita tersebut diumumkan hari ini oleh syarikat teknologi AS dan Perdana Menteri Greece Mitsotakis berikutan rundingan selama sembilan bulan untuk mencapai satu perjanjian yang juga termasuk program latihan kemahiran digital untuk kira-kira 100,000 pekerja kerajaan dan sektor swasta serta pendidik dan pelajar.

    “Pelaburan ini mencerminkan keyakinan kami dalam ekonomi Greece, dalam rakyat Greece dan kerajaan Greece,” kata Presiden Microsoft Brad Smith pada satu majlis yang diadakan di Muzium Acropolis, berdepan tapak lama di tengah Athens. “Ia bukan sesuatu yang kami selalu lakukan dan ia bukan sesuatu yang kami pandang ringan.”

    Greece baru-baru ini pulih daripada krisis kewangan bertahun lamanya tetapi ekonominya telah terjejas teruk oleh pandemik, mengalami kemerosotan 15.2 peratus dalam keluaran pada suku kedua. Pengangguran pada Jun meningkat kepada 18.3 peratus pada awal tahun.

    Pandemik COVID-19 telah mendedahkan kebergantungan negara pada pelancongan. Kerajaan Mitsotakis berkata ia mahu mengalih imbangan ekonomi Greece semasa pemulihannya, membangunkan sektor tenaga, teknologi dan pertahanan, dan berharap dapat menarik balik puluhan ribu siswazah yang meninggal sektor semasa krisis.

    Microsoft buat masa sekarang mempunyai pusat data di 26 negara, termasuk tujuh di Kesatuan Eropah. Syarikat yang berpangkalan di Redmond, Washington, telah pun bekerjasama dengan kerajaan Greece dalam projek Ancient Olympia, tempat kelahiran sukan Olimpik. – AP

    Presiden Microsoft Brad Smith (kiri) bercakap dengan Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis dalam satu majlis yang diadakan di Muzium Acropolis, tengah Athens kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda